Saya berasal dari Sabah Malaysia, melihat saja ruangan ini saya rasa tertarik untuk berkongsi masalah sekaligus mohon bantuan doa dari kawan kawan semua. Saya telah berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Saya mempunyai masalah kewangan yang teruk. Sehinggakan nama saya telah disenaraihitamkan oleh pihak bank. Hidup tidak aman dan tidak senang setiap kali orang datang atau menghubungi melalui telefon bertanyakan pasal hutang. Saya selalu hampakan keinginan anak-anak untuk mendapatkan sesuatu kerana masalah kewangan. Umpamanya saya ini ayah ysng tidak mampu. Tolonglah saudara saudaraku dalam Kristus, tolonglah doakan saya agar masalah saya ini dapat diselesaikan. Saya hampir hampir putus asa. Untung juga saya masih ingat yang anak anak saya masih perlukan saya. Semoga Tuhan memberkati anda semua di sana, Amen.
- Log in to post comments